28.2.09

KLCC

1 comments
Pintu Masuk

KLCC

Orang KL tak dak kerja

em... tadi aku g KLCC.. saja mau try DSLR yang aku beli dengan tak jangka².. ehehe.. buhsan gak.. orang ramai gila.. lepak² mcm tak dak kerja dekat rumah mau buat.. aku ingat nak snap gambar air pancut dua,,, tapi hampeh sebab air pancut dia tak ada lampu.. jem betoi.. adakah ini disebabkan kegawatan ekonomi?.. haha em ingat besok mau g taman burung.. tak pun Petaling Street..
wink wink

Hepi Besday

0 comments


to Amira Masturina.. tapi bukan harini.. becok... saja ucap awal²

26.2.09

Seperti Dulu

3 comments

Selalu ku mengharapkan
Kau akan segera pulang
Kau balik seperti dulu
Menghapuskan rindu
Yang sering menghantuiku

Semenjak kau datang
Di hatiku sayang
Semua resahku hilang
Diriku bukanlah
Seorang yang mudah
Menyerahkan cinta semudah kata

Kudambakan cinta
Indah seperti dulu
Kerna cintaku tak pernah rasa jemu
Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Benar ku tahu kau tak pernah jauh
Kau di hatiku

Di hari yang datang
Janganlah kau ulang
Lukai hatiku sayang
Aku pun bukanlah
Seorang yang bisa
Menggantikan cinta sekelip mata

Aku inginkan cinta
Kita seperti dulu
Kerna cintaku tak mudah rasa jemu
Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Dan aku tahu kau tak pernah jauh
Kau di hatiku

Penat

0 comments
Harini.. buat kali keberapa tah.. aku kena 8 waktu mengajar... uh.. lunyai... Tadi ada guruh n petir... pc kerani skolah aku dah plup.. aku dah penin pala.. lupa nak off pc.. aduh.. dah semak perut... Balik ja dari skola terus aku gegas masuk bilik.. fugh.. slamat.. bernyawa lagi pc.. haha =) em ok la.. mau makan... lapar.. Assalamualaikum

25.2.09

Alhamdulillah...

0 comments
Setelah kalah ngan SK Taman Dato Harun semalam, budak² neh dah sedar.. overconfident tak membawa sebarang makna. Berkat semangat diaorang.. walau harini ada 2 games, tapi dua² menang... 1st dengan skolah tuan tumah, SK(L)BB, kitaorang menang 1-0... menang penalti.. alhamdulillah... bila Allah kata MPS menang, buatla macamana pun, mesti menang gak. Then kitaorang menang bergaya dengan SK(2)PJ 5-0... fuh.. kemenangan moral untuk ke suku akhir nanti... Aku, Najib dengan Jai dah mcm katak hilang suara dah.. penat memekik dengan lompat... bagi aku, kemenangan ni dicapai hasil usaha murid² ni yang tak tamak nak bolot jaring gol.. em najib da rugi dekat² RM40.. janji, sapa jaring gol dapat ongkos tambahan.. haha =) Tahniah MPS.. nak menambahkan semangat, aku msh GB, dia balas,,, TAHNIAH TERUSKAN KEMENANGAN... besok mau tunjuk sama budak² neh.. em oklah.. aku sudah penin n penat sangat... Byebye

23.2.09

MPS VS Veve

2 comments
Bola
Harini, MPS lawan ngan Vevekananda dekat SK Bukit Bintang. Alhamdulillah, kemenangan moral telah dicapai 2-0. Tahniah diucapkan. Jaringan dari header Bukhari dengan rembatan Kuhan. Memang lawa. Keeper langsung tak teruji. Besok, kalau prestasi mcm harini jugak, aku yakin Sk Taman Dato harun 2 tak dak masalah nak dikalahkan.

22.2.09

Lapa...

0 comments
lapa n tak mengantok.. aduyai... `=.=
nak makan roti canai.. em kedai bukak dah ke time mcm ni.. malas mau g mapley... tunggu ja la pukul 7 jap lagi. makan dekat kedai depan simpang... duh

21.2.09

PIBG

0 comments
harini AGM piBG.. haha.. for the 1st time aku akan dok dekat depan mcm orang bodoh, then catat minit.. aduh..
then setelah habis agm neh.. maka penderitaan aku dah tamat.. susah gak ye jadi S/U PIBG.. =)

CIMG3494

CIMG3492

14.2.09

Peduli Apa Aku Ngan Valentine

0 comments
"Terasa begitu indah hidup ini bila ada insan yang meletakkanku sebagai permaisuri di hati…"

Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali 14 Februari muncul. Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut Hari Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya. Valentine day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan "supercalis" bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis "From your Valentine".

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

Semoga anda semua mengambil iktibar!!! Mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini padahal ia adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol...