21.2.09

PIBG

0 comments
harini AGM piBG.. haha.. for the 1st time aku akan dok dekat depan mcm orang bodoh, then catat minit.. aduh..
then setelah habis agm neh.. maka penderitaan aku dah tamat.. susah gak ye jadi S/U PIBG.. =)

CIMG3494

CIMG3492

14.2.09

Peduli Apa Aku Ngan Valentine

0 comments
"Terasa begitu indah hidup ini bila ada insan yang meletakkanku sebagai permaisuri di hati…"

Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali 14 Februari muncul. Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut Hari Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya. Valentine day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan "supercalis" bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis "From your Valentine".

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

Semoga anda semua mengambil iktibar!!! Mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini padahal ia adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol...

23.1.09

Laptop Tap tap

0 comments


hehe.. ada duit lebey skit.. Alhamdulillah. so aku beli sebijik laptop kecik neh... dah jadik trend plak kan.. semua pakat nak carik laptop kecik.. ye lah.. ringan nak bawak jalan2 g clubbing..


17.1.09

PMD 2009

0 comments
Dah jadi tradisi MPS, tiap² tahun akan panjat bukit gasing.. sama dengan tahun ni.. tapi yang kurang best sebab buat hari sabtu. Ye lah... sekolah ganti. Tapi budak yang datang sekolah, fuh mcm tak susut pun, semua gila nak panjat bukit gasing. Aku, Jai ngan Zaki ( abang kantin), kitaorang pegi dulu, mau letak papan tanda.. then Zuki n Azlan tinggal dekat sekolah jaga budak bersama cikgu² pompuan yang lain.

Bukit Gasing

10.1.09

BBQ

0 comments
oleh kerana kitaorang ni orang kaya.. so kitaorang pun habiskan duit dekat Korean BBQ.. dekat plaza pantai.. makan sampai muntah hijau.. memang best.. tambah2 daging bbq dia.. aku keja makan ja.. yang tukang masaknya c Lukeman ni.. memang sedap.. try la tengok... kalau pegi hari minggu, sila datang awal, kalau tak, susah mau dapat tempat duduk.. orang ramai sangat..

5.1.09

Selamat Kembali Ke Sekolah

2 comments
=) Tahun ni aku skola petang.. em rasa teruja sangat.. hehe... tah la sebab GB tak de kot.. so hati senang... nak gelak kuat2 pun tak dak sapa nak larang.. yang best, aku datang awal ke skolah, sesi pagi ada lagi, then semua jerit.. EN IHSAN!!!.. OmG =) rasa mcm superstar... haha em ada la gak rasa sedey, tinggal anak2 murid sesi pagi.. tapi bukan tak leh jumpa kan... tiap2 hari leh jumpa.. em tak pe.. petang leh jumpa adik ipaq.. haha wink wink... then ada Najib, so kitaorang leh praktis hari2 dalam bilik muzik.. wawa angan angan baik punya

1.1.09

Hepi Nu Year...

0 comments

Hepi Nu Year... penat.. petang tadi lepak2 dekat Bukit Cerakah, berjalan sampai sesat... thanks God, i tak sambut nu year dalam hutan... wink wink wink